Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Aktiviti Persatuan Matematik dan Sains MMMK

Aktiviti Persatuan Matematik dan Sains MMMK kali ini ialah Membina Model Roket Air.
Roket air juga merupakan aktiviti persatuan yang boleh memberi kelainan kepada pelajar. Program sebegini sudah tentu merangsang kreativiti pelajar dalam menghasilkan roket air dengan inovasi yang tersendiri.

Melibatkan semua ahli Kelab Sains dan Matematik sekolah ini. Peserta diajar untuk membina roket air berlandaskan prinsip asas pembinaan sesebuah roket yang melibatkan konsep sains fizik yang mudah seperti konsep mengenai tekanan dan aerodinamik yang dicipta sendiri mengikut bentuk roket yang mereka kehendaki.

Reka cipta model roket air memerlukan peserta menggunakan bahan asas iaitu botol minuman bikarbonat saiz 1.5 liter untuk dilancarkan berdasarkan konsep kombinasi aplikasi tekanan air dan udara untuk ia terbang.

Bukan itu sahaja, roket yang dihasilkan juga perlu menepati sasaran yang telah ditetapkan.Peserta perlu berfikir dengan lebih inovatif untuk menghasilkan roket yang tepat dan jitu.Model roket seterusnya akan dilancarkan ke udara menggunakan peralatan pelancar beserta kombinasi tekanan air dan udara sahaja.

Ia juga merupakan program yang membangunkan soft skills dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar lingkungan bilik darjah. Selain itu, ia juga  mencabar minda pelajar supaya lebih analitikal dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan mereka.

Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada usaha menyemai, memupuk dan menanamkan minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda.

Yang lebih penting ia telah menjadikan Persatuan Matematik dan Sains sebagai persatuan yang aktif, berkemampuan melahirkan murid bermaklumat , peka serta kreatif .

 








1 comment

Anonymous said...

melahirkan saintis masa depan...
good job...

Powered by Blogger.