Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1435H


Sambutan dimulakan seawal 7.20 pagi dengan bacaan Yaasin. Selepas P&P di sebelah pagi, tepat 10.30 pagi semua Pelajar dan guru berkumpul di Dataran Ilmu MMMK dengan laungan Salawat kecintaan & Kerinduan Untk Rasulullah SAW.

Majlis didalam dewan dipengerusikan oleh cikgu Arif . Mengalunkan Asma Allah Al Husna dengan penuh penghayatan disusuli dengan doa oleh ustaz Hafiz.

Diikuti oleh ucapan aluan oleh Pengetua MMMK, Ustazah Fatmawati. Di antara petikan ucapan beliau:

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menulis didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Ceramah Sempena Maulidur rasul disampaiakan oleh ustazah Soflida.

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) 

Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)

Jam 11.45 pagi persembahan diteruskan dengan Persembahan Kesenian Islam- "Muhammad SAW; Pertemuan Dengan satu Dambaan Pilu & Rintihan Hajat Hati" dibawah pimpinan Cikgu Syed bahadhir.

Seterusnya persembahan Nasyid, Deklamasi Sajak, Rintihan Hati -Ya Rasulullah; Syafaatkan Daku, ku Rindu Padamu.

1.00 petang, majlis ditamatkan...




No comments

Powered by Blogger.