السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

LATARBELAKANG SEKOLAH

Friday, September 12, 20080 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ



LATARBELAKANG SEKOLAH


Terletak di Daerah Merbok kira-kira 18 km dari Sg. Petani. Sejarah awal penubuhan sekolah ini bermula dengan sistem pondok yang dipelopori oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Abdullah ( Haji Man Merbok) iaitu pada tahun 1931 Masihi bersamaan 1352 Hijrah. Sekolah ini dahulunya dinamakan Sekolah Menengah Agama Saadatuddaroin (SMAS)


Menjelang 1990, SMAS berada dibawah pentadbiran Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Segala urusan pentadbiran dan pendidikan dikelolakan oleh MAIK dan Lembaga Tadbir Sekolah sehingga Oktober 2003. Tanggal 23 November 2003, SMAS diambilalih oleh Kerajaan Negeri Kedah dan dikenali sebagai Maktab Mahmud Merbok (MMMK)




Kini, Maktab Mahmud Merbok berusaha mencapai kecemerlangan dan kegemilangan seiring dengan hasrat pendidikan negara. Mulai tahun 2003, Ustaz Shahabuddin bin Ahmad dilantik sebagai Pengetua, pada 2006 Ustaz Jamil bin Mohamad dan seterusnya pada penghujung 2006 Ustaz Thalal bin Mustaffa dilantik sebagai Pengetua Maktab Mahmud Merbok sehingga kini.

Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger