Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

10 Maktab Mahmud didaftar jadi SABK


ALOR SETAR 14 Jan. - Cadangan kerajaan negeri mendaftarkan 10 daripada 12 Maktab Mahmud di negeri ini sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, dengan itu, Maktab Mahmud terlibat akan dipinda status sebagai SABK selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

Katanya, pendaftaran Maktab Mahmud sebagai SABK tidak bermakna kerajaan negeri kehilangan penguasaan terhadap pengurusan sekolah tersebut.

Sebaliknya, jelas beliau, kerajaan negeri dapat menjimatkan sehingga RM26.4 juta setahun dan hanya dua maktab iaitu Maktab Mahmud Alor Setar dan Yan akan terus dibiayai kerajaan negeri.

"Segala aspek pengurusan sekolah akan dikekalkan dan setiap Maktab Mahmud. Kebaikannya, ia akan mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan setelah didaftarkan sebagai SABK.

"Selain itu ialah soal kebajikan guru seperti gaji akan lebih terjamin dan prasarana di sekolah juga ditambah baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Jerlun di Pusat Kegiatan Kemas Alor Biak di sini hari ini.

Dalam majlis yang bermula kira-kira pukul 8.30 pagi itu lebih 1,000 orang termasuk kanak-kanak bersama-sama Mukhriz serta Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz berarak sambil berselawat.

Tambah Mukhriz, kerajaan negeri Kedah menitikberatkan pengajian agama Islam di kalangan rakyat negeri itu dan pendaftaran Maktab Mahmud sebagai SABK dapat membantu mengukuhkan kedudukan pengajian Islam di negeri Kedah.

"Pelajar berilmu agama dan ilmu profesional diakui antara yang terbaik di negara ini dan disebabkan itu kita mahu memantapkan pengajian agama Islam di negeri ini," ujarnya.

Sumber: Di sini

No comments

Powered by Blogger.