Aktiviti Persatuan Matematik dan Sains MMMK
Aktiviti Persatuan Matematik dan Sains MMMK kali ini ialah
Membina Model Roket Air.
Roket air juga merupakan aktiviti persatuan yang boleh memberi
kelainan kepada pelajar. Program sebegini sudah tentu merangsang kreativiti
pelajar dalam menghasilkan roket air dengan inovasi yang tersendiri.
Melibatkan semua ahli Kelab Sains dan Matematik sekolah ini.
Peserta diajar untuk membina roket air berlandaskan prinsip asas pembinaan
sesebuah roket yang melibatkan konsep sains fizik yang mudah seperti konsep
mengenai tekanan dan aerodinamik yang dicipta sendiri mengikut bentuk roket
yang mereka kehendaki.
Reka cipta model roket air memerlukan peserta
menggunakan bahan asas iaitu botol minuman bikarbonat saiz 1.5 liter untuk
dilancarkan berdasarkan konsep kombinasi aplikasi tekanan air dan udara untuk
ia terbang.
Bukan itu sahaja, roket yang dihasilkan juga
perlu menepati sasaran yang telah ditetapkan.Peserta perlu berfikir dengan
lebih inovatif untuk menghasilkan roket yang tepat dan jitu.Model roket
seterusnya akan dilancarkan ke udara menggunakan peralatan pelancar beserta
kombinasi tekanan air dan udara sahaja.
Ia juga merupakan program yang membangunkan soft
skills dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar lingkungan bilik darjah. Selain
itu, ia juga mencabar minda pelajar
supaya lebih analitikal dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan mereka.
Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada
usaha menyemai, memupuk dan menanamkan minat terhadap bidang sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda.
1 comment
melahirkan saintis masa depan...
good job...
Post a Comment