Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

UUM jalin kerjasama dengan Maktab Mahmud

SINTOK 2 Jun - Universiti Utara Malaysia (UUM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menjalin kerjasama dengan Lembaga Maktab Mahmud untuk meningkatkan profesionalisme dan ikhtisas di kalangan guru maktab tersebut.

Menerusi MoA itu, UUM melalui Kolej Sains dan Sastera (UUM CAS) akan berperanan melatih seramai 126 guru Maktab Mahmud daripada seluruh negeri Kedah bagi pengajian peringkat Diploma dalam bidang pendidikan di universiti tersebut.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut di Hotel EDC-UUM kelmarin dengan universiti berkenaan diwakili Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Nordin Kardi manakala Maktab Mahmud oleh Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Gambar atas)

Ia disaksikan Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Madya Dr. Suhaidi Hassan dan Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud, Zaid Ahmad.

Dengan termeterainya perjanjian tersebut, guru-guru maktab berkenaan akan mengikuti kuliah selama 10 bulan di UUM dan 10 minggu seterusnya menjalani latihan praktikal di sekolah dengan diselia oleh pensyarah bidang pendidikan UUM.

Kesemua guru tersebut akan mengikuti pengajian pendidikan bagi lima subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Teknologi Maklumat dan Pendidikan Islam.

Dr. Nordin dalam ucapannya pada majlis tersebut berkata, kerjasama seumpama itu dapat membantu Maktab Mahmud menjadi institusi berprestij di negeri Kedah yang mampu melahirkan pemimpin negeri pada masa depan.

Sementara, Taulan berkata, ia dapat menambahkan pengetahuan dan teknik pengajaran kepada guru Maktab Mahmud di samping memberikan pengalaman ikhtisas kepada mereka.

Katanya, beliau percaya dengan peluang melanjutkan pengajian itu, tenaga pengajar Maktab Mahmud akan memperoleh kemahiran yang lebih baik dan sempurna untuk mengajar pelajar bimbingan mereka.

No comments

Powered by Blogger.