
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di MMMK telah disambut meriah pada 27 Mei 2009. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ucapan Tuan Pengetua. Majlis diteruskan dengan pelbagai acara yang menarik termasuk acara dalam dewan dan luar dewan. Antara acara yang dijalankan adalah pertandingan basikal lambat, gubahan buah tembikai, boling kelapa, sayang di sayang, persembahan guru dan pelbagai acara lain yang menarik.
No comments
Post a Comment