Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Belia Islam perlu bangkit rebut ilmu, peluang majukan diri

BUDAYA membaca dan mencari ilmu wajar diterapkan dalam jiwa dan fikiran umat Islam untuk maju dan hidup berjaya, apatah lagi berdepan kancah dunia dihambat dengan persaingan dari segenap bidang dan ruang. Umat Islam jangan biasakan diri senang dan mudah alpa kerana ditakuti diri sendiri yang akan dihambat kerugian. Persediaan perlu dibuat sejak awal lagi. Berkaitan hal ini, remaja dan belia Islam harus mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Mereka perlu mengelak terjebak angkara mungkar termasuk merempit atau menagih dadah dan membuang masa dengan perkara menjelekkan atau perlakuan terlarang yang patut dihindari.
Dalam hidup ini, banyak perkara baik dan manfaat yang boleh dilakukan. Cuba lihat anak muda bukan Islam yang bijak menghitung masa sebab itu mereka hidup senang dan berjaya dalam kerjaya diceburi. Jarang kedengaran mereka terjebak dengan angkara hidup songsang. Inilah perlu dipelajari, seterusnya diikuti generasi muda Islam. Fikirkanlah kehidupan pada masa depan. Bacalah episod kehidupan untuk apa kita dihidupkan di dunia ini. Apakah manfaat belia Islam terus hanyut dengan budaya hidup yang salah dari sisi undang-undang, apatah lagi ajaran agama.
Kalau nak diikutkan, dalam konteks kehidupan di Malaysia, anak muda Islam disediakan pelbagai kemudahan dan peluang untuk membina kehidupan melalui bidang dan minat yang mereka ada. Melalui agensi dan kementerian berkaitan, kerajaan terus menyalurkan pelbagai kemudahan, selain bantuan kewangan dalam usaha melihat pemuda Islam terus maju, seiring dengan perkembangan hidup dunia semasa. Mereka mesti bersedia merebut segala peluang yang disediakan itu. Sahut cabaran diberikan untuk diri berusaha dan terus bekerja, dalam membina kehidupan hebat dan cemerlang pada masa yang akan datang. Ironinya jika pemuda Islam terus alpa dan bodoh sombong, mereka sengaja menempah kehidupan merugikan. Mereka jelas tidak bijaksana dalam mengurus kehidupan harian. Sedang, pelbagai pihak terus berganding bahu untuk melihat mereka berjaya dan bahagia.
Mereka harus celik minda dan mata. Lihatlah harapan emak dan ayah yang mahukan mereka hidup seperti selayaknya. Tidak ada emak dan ayah yang mahu melihat anak kecundang dalam hidup ini. Bacalah riwayat perjuangan manusia yang berjaya dalam kehidupan. Tidak mudah untuk mereka merangka segala yang dihajatkan. Semua memerlukan pengorbanan dan perjuangan yang bukan sedikit. Kata orang bijak pandai, orang yang bijaksana dalam hidup ialah yang menghargai kehidupan dalam erti kata sebenar dan tidak melepaskan segala peluang yang di depan mata. Umat dan remaja Islam perlu belajar daripada kehidupan nyata. Timba ilmu sebanyak mungkin, selain melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, demi kelangsungan hidup pada masa akan datang. Nabi Muhammad SAW berpesan: “Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China.” Makna di sebalik pesanan itu ialah menuntut kita terus aktif dalam proses mencari ilmu. Selagi hayat di kandung badan, ilmu dunia dan akhirat terus dicari dengan minat yang mendalam dan penuh keikhlasan. Semuanya dilakukan dalam usaha agar kehidupan kita terus selamat dan gemilang untuk jangka waktu panjang. Umat Islam harus bangun daripada tidur yang panjang. Belajar daripada perjuangan hidup umat Islam zaman silam. Mereka menempa kegemilangan, kerana ada usaha dan kegigihan untuk menuju ke arah itu. Jangan buang masa dan hargai kehidupan dengan kesedaran dalam diri. Nescaya diri akan menang dan terus menang dalam apa hajat yang dicita-citakan. Janji Allah amat pasti dan Allah ada berfirman yang maksudnya: “Tidak akan aku ubah nasib sesuatu umat, kecuali umat itu mengubahnya sendiri.”
Oleh: Nordin Abdullah pautan di sini

No comments

Powered by Blogger.