Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

PESERTA MMMK NAIB JOHAN PUBLIC SPEAKING

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Nor Nabila bt Omar (gambar di sebelah) yang telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Public Speaking. Pertandingan ini telah diadakan di Maktab Mahmud Baling pada 22 Jun 2009, sempena Bulan Bahasa anjuran Unit Ko-Kurikulum Bahagian Pengurusan Akademik Lembaga Maktab Mahmud.

Selain Public Speaking, turut dipertandingkan ialah Spelling Competition. Pertandingan ini melibatkan seluruh cawangan Maktab Mahmud Negeri Kedah.

Bagi pertandingan Public Speaking, tempat pertama disandang oleh peserta dari Maktab Mahmud Alor Setar. Tempat kedua oleh peserta dari Maktab Mahmud Merbok, manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Maktab Mahmud Baling.

Bagi pertandingan Spelling Competition pula, tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh peserta dari Maktab Mahmud Alor Setar, Maktab Mahmud Yan dan Maktab Mahmud Sik. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Nor Nabila bt Omar yang telah menaikkan nama Maktab Mahmud Merbok. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada guru pembimbing Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Syed Bahadzir dan Cikgu Rofizah.

No comments

Powered by Blogger.