Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

PERTANDINGAN NASYID MAKTAB MAHMUD MERBOK

Pada hari ini, 27 Jun 2009 telah diadakan Pertandingan Nasyid Maktab Mahmud Merbok. Pertandingan yang bermula pada jam 9 pagi ini telah berjalan dengan lancar dan sangat meriah. Pertandingan anjuran Badan Kebudayaan, Keseniaan & Pengetahuan ini diadakan bagi mencari dan mencungkil bakat-bakat baru di kalangan para pelajar Maktab Mahmud Merbok dalam bidang seni suara.

Sebanyak 9 kumpulan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Kumpulan-kumpulan tersebut ialah Tingkatan 1 Putera, 1 Puteri, 2 Putera, 2 Puteri, 3 Putera, 3 Puteri, 4 Putera, 5 Putera & 5 Puteri. Setiap kumpulan diberi peluang menyampaikan 2 buah lagu dalam masa 15 minit.

Menurut juri profesional yang menghakimi pertandingan ini iaitu Ust Nazrul, Cikgu Najib & Cikgu Syed, kesemua kumpulan yang bertanding mempunyai bakat dalam bidang seni suara. Walaupun kesemua kumpulan ini mempunyai potensi namun dalam beberapa aspek perlu diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.

Pertandingan Nasyid Maktab Mahmud Merbok 2009 telah dimenangi oleh kumpulan Bayati (5 Putera). Naib johan pula disandang oleh kumpulan Al-Farabi (4 Putera). Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Qistina Mawaddah (3 Puteri).
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua kumpulan yang telah mengambil bahagian.

No comments

Powered by Blogger.