MMMK JUARA PERTANDINGAN KARANGAN BAHASA ARAB
Pada 16 Jun 2009 yang lalu, Unit Ko-Kurikulum Bahagian Pengurusan Akademik Lembaga Maktab Mahmud telah menganjurkan Pertandingan Kuiz, Karangan dan Terjemahan Bahasa Arab di Maktab Mahmud Kulim. Pertandingan ini adalah sempena Bulan Bahasa Arab Peringkat Maktab Mahmud Negeri Kedah.Peserta Maktab Mahmud Merbok, Alif Muhaimin b. Hazizan telah memenangi tempat pertama Pertandingan Karangan Bahasa Arab (Kitabul Maqal). Bagi Pertandingan Terjemahan pula, peserta MMMK iaitu Najat bt Hanafi telah mendapat tempat ketiga.
Pada 18 Jun 2009 pula, telah diadakan Pertandingan Hiwar, Khitobah dan Seni Khat di Maktab Mahmud Padang Terap. Peserta dari Maktab Mahmud Merbok hanya mendapat hadiah saguhati bagi ketiga-tiga kategori pertandingan tersebut.Guru-guru dan seluruh warga Maktab Mahmud Merbok mengucapkan sekalung tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan-pertandingan sempena Bulan Bahasa Arab Peringkat Maktab Mahmud Negeri Kedah.

Tahniah kepada Ust Nazrul Hisham dan Ustz Latifah selaku guru pembimbing.











No comments
Post a Comment