Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

SEJARAH UMUM MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH

Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Pembelajaran akedemik dan silibus al-Azhar diajar disini. Telah terdapat banyak cawangan Maktab Mahmud seantero Kedah.
Motonya ialah 'Al-Ilmu Nur'.

Sejarah
Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada hari hari Jumaat 29 Rabiul Awal 1355 H bersamaan 19 Jun 1936 M. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, Regent and President State and Council Kedah. Maktab Mahmud kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darulaman pada ketika itu.
Tujuan utama Baginda adalah untuk menjadikan sebagai pusat penyebaran agama Islam, Bahasa Arab serta mengeluarkan tokoh-tokoh agama. Tambahan pula Baginda berpendapat Negeri Kedah memerlukan Kolej Islam setanding dengan sekolah-sekolah Inggeris pada masa itu, sistem pendidikannya menggunakan sistem pendidikan Mesir (Al-Azhar) [1].
Sumbangan Maktab Mahmud melahirkan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menentang Malayan Union dengan menubuhkan Persatuan Ulama Kedah pada 9 Februari 1946 yang telah berjaya menyatukan keseluruhan ulama Kedah menentang Malayan Union.
Maktab Mahmud dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah Darulaman dan dinaungi oleh Sultan Kedah. Maktab Mahmud hanya terdiri daripada pelajar-pelajar putera sahaja semenjak awal penubuhannya sehingga 31 Disember 1972. Sekolah Agama Tarbiah Islamiah, Jalan Pegawai dicantumkan dengan Maktab Mahmud dan disatukan dibawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud menurut Enakmen Lembaga Maktab Mahmud 1967. Lembaga yang ditubuhkan bertanggungjawab menguruskan urusan-urusan pentadbiran, kewangan, perkhidmatan, pendidikan dan lain-lain. Bermula dari penyatuan itu, Maktab Mahmud telah membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar puteri.

Daftar Maktab Mahmud
• Maktab Mahmud Alor Star
• Maktab Mahmud Yan
• Maktab Mahmud Pendang
• Maktab Mahmud Langkawi
• Maktab Mahmud Padang Terap
• Maktab Mahmud Pokok Sena
• Maktab Mahmud Pendang
• Maktab Mahmud Sik
• Maktab Mahmud Merbok
• Maktab Mahmud Baling
• Maktab Mahmud Kuala Muda
• Maktab Mahmud Kulim
• Maktab Mahmud Bandar Baharu

Maktab Alor Star, Maktab Mahmud Yan dan Maktab Mahmud Langkawi merupakan sekolah agama negeri sejak awal penubuhan lagi berbanding Maktab Mahmud lain yang asalnya Sekolah Agama Rakyat dan tidak mahu memasuki kelompok Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

No comments

Powered by Blogger.