السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

ANAK-ANAK PUTERA & PUTERI TKT.5

Thursday, September 4, 20081comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2008. Kejayaan anda semua adalah kebahgiaan bagi semua warga MMMK. Berikut adalah sebahagian daripada pantun motivasi untuk tatapan anda.

pergi ke huma membawa bekal
mencabut rumput di celah padi
nafsu fikiran dikawal akal
hasrat cita dikawal budi

daun selon si daun salam
bolehmenjadi adunan rojak
orang pandai banyak berdiam
bila bersuara katanya bijak

anak itik dan anak angsa
berjalan-jalan dulu-duluan
belia remaja harapan bangsa
diserahkan amanah dicabar kemampuan

kalau mandi di sungai dalam
bolehlah menyelam mengejar ikan
kalau ada hasrat terpendam
rancangkan langkah susun tindakan

Tidak salah main di taman
Pergi terus ke huma padi
Tidak salah berangan-angan
Aturkan kerja bersungguh hati

Hitungan sempoa dengan buahnya
Boleh selesai perkiraan kusut
Sedaif tempua ada sarangnya
Sedaif semut adalah busut

Ada menunai ada menampi
Padi dijemur kering-keringan
Jalan mudah hanyalah mimpi
hasil mimpi sekadar angan
Share this article :

+ comments + 1 comments

August 28, 2017 at 9:17 PM

Mashaallah...dah lama..rindunya gambar nie..slps kuar drp MMMK,sy sambung ke STAM,kmudian ke KUIN

Post a Comment
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger