Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Sistem pendidikan negara dijangka mula dirombak tahun depan

JOHOR BAHARU 14 Julai - Sistem Pendidikan Negara dijangka mengalami rombakan besar-besaran dan proses transformasi bermula tahun hadapan dengan mengambil kira hasil dapatan Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalan sejak April lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata transformasi itu akan dijalankan mengikut fasa dengan mendahulukan perkara-perkara yang boleh dilaksana dengan segera tanpa melibatkan perkara besar.

"Kami harapkan satu anjakan berganda dan semua pandangan daripada siri dialog ini telah dicatat, dikaji dan dianalis untuk mendapatkan intipatinya dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 15 tahun dan Pelan Strategik Pendidikan bagi tempoh tiga tahun.

"Jadi ia ada pelan jangka pendek, jangka sederhana, dan panjang iaitu selama 15 tahun supaya bidang yang perlu kita perbaiki dapat dilaksanakan kerana ini satu perkara yang besar dan kalau hendak lihat satu perubahan kita kena mengambil kira banyak perkara dan pandangan untuk pastikan kualiti pendidikan kita setanding negara maju," katanya. - BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.