Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Pendidik hebat miliki kesabaran tinggi


GURU adalah sumber ilmu, tempat rujukan sesudah buku. Jasa dan sumbangan nya tidak hilang dalam ingatan. Tidak ternilai dengan wang ringgit.

Ini kerana daripada tidak tahu apa-apa, tidak tahu membaca huruf dan ‘buta’ segala-galanya, diperkenalkan, diajar, dilatihnya, diulang-ulang jika kita salah.

Dipujuk kita jika tak mengikut apa yang disuruh walaupun kita bukan anaknya atau saudara-mara. Tak ada apa-apa hubungan keluarga pun, cuma ada hubungan sebagai murid.

Disebabkan hubungan suci itu, kita dapat menelaah ilmu hingga menjadi manusia. Sempena hari bersejarah ini, marilah kita merenung ungkapan guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain.

Pengertian itu amat mendalam. Ia bermakna, guru bersedia untuk berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Bagi guru atau pendidik, mereka tidak pernah mengharapkan hadiah bertimbun setiap kali sambutan Hari Guru.

Harapan mereka biarlah anak didiknya menjadi insan berilmu dan berguna seterusnya menyumbang khidmat bakti kepada negara. Guru mengerti usaha mendidik dan membangunkan insan bukan mudah.

Semangat mereka tidak pernah luntur malah terus berusaha menyusun langkah meneruskan perjuangan demi memikul amanah Allah. Sesungguhnya, amanah menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang dipersoalkan di akhirat kelak.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Tidak dinafikan, sebagai manusia biasa mereka juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana dunia perguruan ada manis nya dan pahitnya.

Jujur penulis ungkapkan sebab penulis juga pernah menjadi guru. Ada juga guru pernah kecewa. Kecewa dengan segelintir pelajar walaupun diajar berkali-kali dan diterangkan berjela-jela namun mereka masih melakukan perkara sama.

Rasa sia-sia saja segala ilmu yang dicurahkan, umpama mencurah air ke daun keladi. Jangan kecewa wahai guru-guru. Kenapa penulis berkata begitu?

“Cakap mudahlah tapi menghadapi suasana yang berulang-ulang setiap hari, mana mampu saya menang gungnya,” ujar guru yang pernah saya jumpa.

Sebenarnya, pendidik dan kesabaran adalah dua unsur yang sangat sebati. Seperti gula dengan manisnya dan garam dengan masinnya, begitu jugalah antara pendidik dengan sikap sabarnya.

Dalam sebuah hadis ada diceritakan, kisah seorang pelacur yang diampunkan dosa dan dianugerahkan syurga lantaran membantu anjing dahaga.

Berbakti kepada anjing pun begitu hebat ganjarannya, apatah lagi kalau berbakti

kepada manusia. Mendidik itu satu perjuangan. Perjuangan pula memerlukan kekentalan.

Kekentalan untuk meredah lautan dugaan. Pelacur di dalam hadis nabi, guru si penghilang dahaga. Dahaga pelajar terhadap ilmu dan masa depan yang sempurna, dahaga ibu bapa mereka terhadap kejayaan dan kebahagiaan anak mereka.

Tugas guru pada masa kini amatlah sukar dengan pelbagai ragam murid dan ibu bapa. Kerjaya seorang guru juga sering disalah taksir segelintir masyarakat.

Sering kali guru dipersalahkan padahal hanya mendidik supaya menjadi insan yang berguna. Sayangi guru seperti menyayangi ibu ayah. Guru-guru andalah pembina umat!

No comments

Powered by Blogger.