Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Semuanya risau...berdebar., tak sabar. Kalau kat sekolah, sibuk cikgu sekolah bersedia apa yang patut dan risau dengan keputusan SPM tahun 2011 ni. Ermm...Makin baguskah? Jatuh ka? Graf akan naik ke turun? Tak kurang juga dengan pengetua yang kadang-kadang boleh lagi cuak berbanding cikgu-cikgu lain.

Apapun, tarikh keputusan SPM 2011 dah tersebar luas. Tarikh keputusan SPM tahun 2011 sudah diketahui. Anda cuma perlu menghitung hari sahaja dan main teka-teka sahaja keputusan itu.... debaran kian terasa....1 hari sahaja lagi.

Apapun ..segala usaha telah dilakukan. kini kita pasrah, ...berdoa..dan bertawakkal.... Sesungguhnya Dia yang maha mengetahui tentang keputusan yang bakal kita dapat,...dan apa yang terbaik terhadap hambanya...kita terima seadanya tanpa rasa curiga dan penuh baik sangka terhadap sang pencipta yang maha berkuasa.

Allah SWT juga berhak memberi sesuatu apabila tiba masanya. Maka bersabarlah dalam menanti pemberian Allah SWT. Bersabarlah dan teruskan berusaha dan berdoa. Kesabaran menanti itu pula akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Oleh itu janganlah jemu berdoa kepadanya dalam meminta sesuatu kebaikan, kurniaan, rezeki dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku (Riwayat Imam al-Bukhari).

Semua urusan termasuk urusan rezeki telah ditentukan di markas pentadbiran Allah di langit. Banyak atau sedikit rezeki yang akan diterima juga adalah ketentuan Allah.

Az-Zariyat [22] Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.

Seseorang itu belum mencapai hakikat keimanan selagi dia tidak menyakini bahawa keburukan yang melandanya adalah ketentuan Allah. Begitu juga sekiranya dia dihindarkan daripada sesuatu keburukan, itu juga adalah ketentuan Allah.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

No comments

Powered by Blogger.