Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

KEJOHANAN SUKAN MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH DARUL AMAN (KESUMAM) KALI KE -8 2012

Walaupun pun banyak acara MMMK tercicir di peringkata zon, namun kesungguhan atlit-atlit MMMK dalam mengharungi semua perlawanan di peringkat awal ini amat membanggakan. Masing-masing menunjukkan sesungguhan dan semangat kesukanan yang amat tinggi.

Kesungguhan dan semangat kesukanan inilah yang menjadi natijah yang perlu ditanam di sanubari pelajar. Kalah bukan mengalah...kekalahan digelanggang adalah bermaruah. .... dan kemenangan lawan adalah hasil kekalahan bermaruah kita... kita akur..

Sesungguhnya bersabar selepas kekalahan adalah lebih besar daripada bersyukur selepas kejayaan kerana ramai orang boleh bersabar ketika kalah, tetapi berapa ramai bersyukur ketika di anugerahkan kemenangan.

Setelah bersaing di peringkat Zon, Keputusan perlawanan di peringkat akhir KESUMAM kali ke 8 bagi tahun 2012 yang berlangsung di Alor Star bagi MMMK boleh dibanggakan.

MMMK telah memberi kejutan dalam pertandingan Badminton puteri dengan mendapat Johan acara perseorangan dan tempat ke tiga acara regu.

Tidak ketinggalan dalam acara pingpong dimana mendapat tempat ketiga acara perseorangan dan ke empat bagi acara regu (puteri).

Acara sepaktakraw pula boleh dibanggakan walaupun sekadar di tempat ke empat.

Sesuatu yang amat dibanggakan MMMK ialah kesemua mereka ini akan mewakili kontigen Maktab Mahmud Negeri Kedah ke kejohanan Sukan Antara Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah yang akan berlangsung tidak lama lagi.... Tahniah!....

Kesungguhan anda semua adalah kebanggana kami warga MMMK!

No comments

Powered by Blogger.