Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

PROGRAM RIADAH DAN ISTIRAHAH MINDA

Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar..Bertolak pada jam 8.am..melibatkan semua pelajar., 6 buah bas, 1 buah lori dengan perkakas masakan, serta semua guru terlibat.

Merupakan suatu program riadah serta serta istirah minda "release tention" bagi semua pelajar setelah hampir 10 hari menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2010.

Program dianjurkan oleh semua badan MMMK itu adalah kali pertama melibatkan semua pelajar MMMK. Diantara acara program ialah perkemahan, sukanika, bersantai dengan mandi laut serta menikmati keindahan semulajadi Pantai Merdeka.

Aktiviti seperti ini juga sangat penting sebagai landasan untuk merapatkan hubungan antara guru dan pelajar. Justeruaktiviti tersebut bukan sahaja mampu menyegarkan kembali minda yang letih dengan aktiviti pembelajaran harian malah mampu menguatkan ikatan perhubungan yang sedia terjalin antara pelajar dan guru.

Solat berjamaah Zuhur dan Asar di kawasan lapang di tepi pantai tersebut adalah sebahagian daripada program pendedahan kepada pelajar yang mendapat perhatian dari pengunjung Pantai tersebut.

Ini adalah secara tak langsung merupakan Dakwah Bil-Hal iaitu dakwah yang dijalankan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap,pandangan, tingkah laku yang positif, kerja-kerja amal yang dilakukan dan aktiviti-aktiviti sosial. Ini beerti pendakwah itu sendiri melaksanakan apa yang diucap olehnya dan tidak sekadar tukang cakap dan tukang tunjuk sahaja.

Firman Allah dalam Surah Al-Safaya 2:3
Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu kamu tidak melakukannya."

No comments

Powered by Blogger.