السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

PELAJAR MMMK MENANG TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN BADMINTON

Sunday, June 20, 20100 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Mohd Shahir b. Shahabuddin, pelajar tingkatan 5 MMMK yang mewakili negeri Kedah dalam pertandingan badminton Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia telah berjaya memenangi tempat ketiga.

Walaupun hanya mendapat tempat ketiga, namun seluruh warga MMMK berasa bangga dengan kejayaan yang telah dicapai. Ini merupakan kali pertama beliau mewakili negeri Kedah ke Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia.

Tempat pertama telah dimenangi oleh negeri Kelantan manakala tempat kedua pula disandang oleh negeri Terengganu selaku tuan rumah Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia.
Kejayaan Mohd Shahir ini telah menaikkan nama Maktab Mahmud Merbok secara khusus, juga mengharumkan nama Maktab Mahmud Negeri Kedah dan Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah secara umumnya.
p/s : Syabas Mohd Shahir!
Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger