TERIMA KASIH CIKGU LAH

Kelmarin Kerajaan Negeri Kedah telah melantik dua orang muka baru dalam senarai Exconya yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Mereka adalah Adun Ayer Hitam dari PAS, Abdul Ghani Ahmad dan Adun Sidam dari PKR, Tan Chow Kang. Mereka menggantikan dua exco yang digugurkan, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri, Tan Wei Shu. Abdullah adalah Adun PAS Pantai Merdeka manakala Tan pula merupakan Adun PKR Bakar Arang.Ini adalah pertama kali dalam sejarah Pakatan Rakyat yang mengugurkan exco mereka.
YB Tuan Hj Abdullah b. Jusoh yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Lah, pernah menjadi Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud sebelum ini iaitu pada tahun 2008 sewaktu diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri.
No comments
Post a Comment