السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

KEPUTUSAN SPM 2009

Thursday, March 11, 20100 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Keputusan SPM yang diumumkan pada pagi ini telah menyaksikan beberapa
orang pelajar MMMK berjaya mencapai keputusan yang baik.

Antara pelajar-pelajar yang berjaya ialah Muhammad Khusyairi b. Ismail 9A, Noor Hanida bt. Md Fadhilah 8A, Najat bt. Hanapi 7A, Ahmad Basri b. Roshadi 5A, Khairul Aswad b. Mohamad 5A dan Nur Salsabila bt. Mohd Jaidi 5A serta pelajar-pelajar lain yang mendapat A dan cemerlang dalam mata pelajaran masing-masing yang tak dapat disebut di sini.

Para pelajar mula berkumpul di sekolah seawal jam 9.30 pagi untuk mendapatkan keputusan masing-masing. Secara keseluruhannya, pencapaian SPM 2009 bagi calon-calon MMMK adalah sangat baik.

Menurut Cikgu Mohd Fauzi selaku Setiausaha Peperiksaan MMMK, pencapaian calon-calon SPM 2009 merupakan pencapaian yang terbaik bagi sekolah ini bagi tempoh 5 tahun. Menurut beliau lagi MMMK kini berada di landasan yang betul dalam usaha merealisasikan Visi sekolah dan berharap semua pihak terutama Warga MMMK agar meneruskan perjuangan murni ini demi Agama, Bangsa dan Negara....

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2009. Sekalung penghargaan buat seluruh warga pendidik MMMK.
Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger