Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

GURU DAN KASIH SAYANG


Hati siapa yang tidak merintih, melihat dalam dada umat Islam kini kosong dengan kasih sayang, miskin dengan akhlak dan nilai. Hari ini anak-anak tidak menghormati Guru, tidak menyayangi Guru. Lebih malang lagi ibu bapa sendiri juga bersikap demikian, menyayangi anak-anak sehingga menyakiti hati seorang Guru.

Masyarakat sudah jauh dari nilai Islam. Guru yang begitu berjasa, memberi permata yang tiada nilai, tidak dihargai malah sentiasa diintai kelemahannya. Jasanya ditutup, kelemahannya yang dibuka. Ini adalah disebabkan nipisnya iman dalam dada mereka, nipisnya malu kepada Tuhan, nipisnya kehendak untuk menghayati pesanan Nabi SAW.

Begitu rendahnya akhlak kepada orang yang begitu berjasa dalam hidupnya. Ia memimpinmu, memberi ilmu padamu, ia menjadi cahaya pada akal dan jiwamu sehingga kamu boleh menyuluh kebenaran dan kebatilan, kamu dapat berjalan dengannya, kamu mendapat kemuliaan dengannya. Jasanya tak terbalas di dunia dan akhirat.


Ingatlah, setiap darah yang mengalir pada tubuhmu beserta dengan ilmunya. Ingatlah, setiap degupan jantungmu, beserta dengan ilmunya . Ingatlah, kepandaian, pangkat atau harta yang kau miliki kini adalah jasa dari seorang Guru yang tidak mengharap engkau membalasnya. Tanpa pengorbanan mereka, kesungguhan mereka, kamu tidak memiliki apa-apa melainkan kejahilan.

Apa yang diberikan padamu melebihi dari harta, kerana harta akan hilang, harta boleh memudaratkan kamu, harta menyebabkan kamu perlu menjaganya sedangkan ilmu yang diberi tidak akan hilang malah bertambah. Kamu tidak menjaganya malah ia menjagamu, ia memberi kamu kemuliaan dunia dan akhirat. Firman Allah, "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu."

Sayangilah dan muliakan orang yang berjasa dalam hidupmu walaupun dia hanya mengajarmu satu alif, satu huruf, satu ejaan, satu petunjuk dalam apa jua bidang. Jadikan nafasmu nafas kasih sayang kepada mereka. Jangan lupa dan jangan sakiti mereka, nanti ilmu tiada keberkatan, rezekimu tiada keberkatan, hidupmu tiada keberkatan. Orang yang hidup menyakiti Guru dibimbangi matinya tiada dalam iman. Justeru itu, ulama-ulama tasauf amat menekankan empat perkara yang mesti dijaga apabila kita menuntut ilmu.

Pertama, menjaga akhlak kita sama ada perkataan atau perbuatan yang membawa perasaan tidak senang pada guru, sentiasa bersifat merendah diri padanya kerana menghormati ilmu. Kedua, sentiasa mencari pahala untuk memberi khidmat kepadanya, suka membantunya dalam apa jua keadaan kerana mengharapkan keberkatan ilmu. Ketiga, sentiasa taat pada suruhannya yang memberi kebaikan, tanpa ketaatan, seseorang itu tidak akan memiliki ilmu yang baik. Keempat, menyayangi Guru dengan sentiasa mengingatinya, mendoakannya, bertanya khabar, menziarahi, memberi hadiah dan sebagainya untuk menunjukan kasih sayang kita padanya

Wahai anak-anak, sayangilah Guru dan muliakanlah mereka. Wahai ibu bapa, muliakan guru yang memberi ilmu kepada anakmu dan janganlah bersifat sombong dihadapan mereka. Sikap demikian bukan akhlak Islam, ia bukan ajaran Nabi SAW. Takutlah kamu pada Allah, hulurkan tanganmu untuk secebis kasih sayang kepada orang yang berjasa dalam hidupmu

Sumber:http://members.tripod.com/bicara_tokku/ks5.htm

No comments

Powered by Blogger.