السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

Monday, March 9, 20090 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad), hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu sekelian kepadanya dengan selawat yang penuh penghormatan"

(Surah Al- Ahzab :56)


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1430H

Ibu membaca ulang kisah semalam;
Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad,
Bala tentera Abrahah hendak meruntun Mekkah.
Meluluh-lantak ka’bah.

Tapi ditengah perjalanan.
Allah kirim pasukan ababil.
Melontar batu panas,
menembus jangat badan.

Berkecai-kecai lumat,
Bak daun dimakan ulat.
Raja lalim bukan kepalang,
Bala tentera gajah lintang-pukang.

Pada tahun itu pula,
Bunda Aminah melahir bayi lelaki;
“Muhammad”
Nama pemberian sang datuk.
Bermakna sang terpuji.

Lalu Ibu menatapku,
Lantaran itu pangkal namamu adik-beradik,
Dibubuhi Ahmad atau Muhammad.
Sebagai doa harapan orangtua.
Aku mengangguk paham.

Angin memukul kencang,
Lampu malap cahaya bergoyang.
Ibu melipat ujung laman,
Lalu menutup kitab tarikh bertulis Arab-Melayu.

Malam itu aku menyimak kisah sejarah luar biasa;
Seorang Nabi terakhir lahir ke dunia,
Pada tahun bala tentera gajah hendak meruntuh ka’bah.


Heliopolis, Cairo, 8 April 2007
Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger