السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

KURSUS DI LANGKAWI

Sunday, March 8, 20090 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Pada 5hb Mac hingg 7 Mac 2009.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran Maktab Mahmud Negeri Kedah telah di adakan. Kursus tersebut adalah anjuran Sektor Pendidikan Lembaga Maktab Mahmud dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki, Wilayah Utara. Kursus tersebut telah di adakan di Aseania Resort, Langkawi.

Antara pengisian Kursus selama 2 hari itu ialah Pengurusan Kewangan Sekolah, Kepimpinan dan Pengurusan Panitia, Penyeliaan, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Komunikasi dalam Pengurusan.

MMMK diwakili oleh Ustaz Thalal bin Mustaffa (Pengetua) dan Cikgu Mohd Fauzi bin Abdul Hamid. Majlis Perasmian Penutup di sempurnakan oleh Yang Amat Arif Dato' Wira Sheikh Yahya bin Jusoh selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah.

Majlis juga diserikan oleh ucapan Tuan Pengarah Institut Aminuddin Baki Wilayah Utara, Tuan Haji Abdul Ghani Bin Ishak yang juga merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud.


Kesemua peserta kursus telah menunjukan komitmen yang tinggi dalan mengikuti kursus tersebut hingga akhir..






Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger