Peringatan Buat Anak Didikku
Pada 23 Nov 08, saya (Cikgu Syed) bersama Ust Faiz & Ust Helmi telah menyertai operasi Urusetia Menangani Gejala Sosial (program kerajaan Negeri Kedah). Kami telah keluar pada pukul 10 malam ke sebuah kawasan perumahan di Sg Petani. Ada aduan tentang kes khalwat. Apabila kami tiba di lokasi yang dinyatakan, ternyata benar aduan yang diterima. Seorang lelaki, duda anak 1 ditangkap bersama pasangannya seorang gadis berusia awal 20an yang belum berkahwin. Mereka telah ditangkap serta diambil tindakan yang sewajarnya.
Operasi kami diteruskan lagi dengan 'menziarahi' 3 buah pub yang terdapat sekitar Sg Petani. Hati ini amat tersentuh apabila melihat suasana di dalam pub-pub tersebut. Pemilik dan pengunjung pub adalah masyarakat bukan beragama Islam tetapi pelayan-pelayan di situ adalah wanita-wanita Melayu Islam.
Walaupun pakain mereka seksi, ada paras rupa namun mereka langsung tidak bermaruah. Mereka bebas disentuh oleh sesiapa saja yang menjadi tetamu pub tersebut kerana tugas mereka adalah PELAYAN.
Wahai anak didikku, daku hanya mampu berdoa moga kita tetap di dalam nikmat Islam & Iman. Moga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita. Amin Ya Rabb
(nukilan khas oleh kaunselor MMMK buat anak didik tersayang)

No comments
Post a Comment