INFO TENTANG UNIVERSITI AL-AZHAR
Universiti Islam yang pertama di dunia yang telah ditubuhkan oleh Khalifah Aziz Billah. Pada 6 Julai 969 Masihi, bandar Kaherah telah dibuka secara rasminya sekaligus dijadikan sebagai ibu negara Mesir yang baru pada zaman Dinasti Fatimiah. Kemudian pada tahun yang berikutnya, projek pembinaan Masjid Al Azhar mula dijalankan iaitu pada 4 April 970 Masihi. Panglima tentera pada zaman Fatimiah yang bernama Jauhar As Saqolli adalah orang yang bertanggungjawab dalam usaha pembinaan masjid ini. Projek ini selesai pada hari Jumaat, 22 Jun 972 Masihi yang juga berbetulan dengan bulan Ramadhan tahun 361 Hijrah. Pada tarikh keramat inilah, solat Jumaat yang pertama ditunaikan di dalam Masjid Al Azhar.Selepas enam tahun masjid ini berfungsi sebagai tempat perhimpunan umat Islam untuk menunaikan solat, seorang wakil kerajaan Abbasiah di Mesir telah mencadangkan kepada Khalifah Aziz Billah agar menjadikan masjid ini yang dikenali dengan nama Jamie’ Al Azhar sebagai Jami’ah, iaitu sebuah institusi pengajian tinggi yang menyajikan pelbagai ramuan dan bidang ilmu pengetahuan.Maka, semenjak tahun 378 Hijrah bersamaan 988 Masihi, ramai umat Islam yang berbondong-bondong datang ke kawasan tersebut demi menuntut ilmu yang diredhai oleh Allah. Masjid itu akhirnya dinamakan Jami’ah Al Azhar (Universiti Al Azhar).Kini Masjid @ Universiti Al Azhar berusia 1035 tahun.
No comments
Post a Comment