
Sesi Fotografi untuk Majalah Sekolah (
Majalah Iltizam) bagi tahun 2008 sedang giat dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Sesi tersebut diketuai oleh Ustaz Norhelmi sebagai Penyelaras majalah dan di bantu oleh AJK Majalah. Menurut beliau draf bagi majalah tersebut insyaAllah akan disiapkan selewat-lewatnya pada pertengahan September untuk di hantar ke kedai untuk proses percetakan.Menurut beliau majalah tahun ini turut mendapat

perhatian dari beberapa institusi pengajian tinggi yang berminat membuat tempahan iklan bagi dimuatkan dalam majalah tersebut, diantaranya ialah Insaniah dan Kolej Yayasan Melaka. Menurut beliau juga bayaran penuh bagi iklan bewarna ditetapkan sebanyak RM 200 sahaja bagi mukasurat penuh manakala bagi iklan hitam putih hanya RM 150 sahaja. Semoga majalh tahun ini dapat dikeluarkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
No comments
Post a Comment