Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Sekolah ditutup lagi

Sekolah di seluruh negara tutup sehingga 17 Disember, SPM tunda ke Februari tahun depan

Kerajan umum semua sekolah di seluruh negara ditutup sehingga Disember depan.

PENINGKATAN kes Covid-19 memaksa semua sekolah termasuk kolej vokasional seluruh negara ditutup bermula 9 November sehingga 17 Disember depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin menerusi sidang media khas pada Ahad pagi

"Mengambil kira pengumuman Peirntah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta takwim persekolahan tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di bawah KPM di negeri-negeri terlibat akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.

"KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak (tidak terlibat PKPB) akan turut ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.

"Penutupan ini melibatkan 74 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah di bawah KPM," ujarnya.

Sekolah-sekolah yang termasuk dalam Kumpulan A adalah yang terletak di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan sekolah-sekolah di Perlis, P.Pinang, Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, W.Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Tambah Radzi, pembelajaran akan diteruskan secara home-based learning mengikut kesesuaian guru dan murid sepanjang tempoh itu.

Dalam sidang media sama, Radzi turut mengumumkan penundaan peperiksaan awam negara ini ke bulan Februari dan Mac 2021.

Ujarnya, tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan manakala peperiksaan STPM akan bermula 8 Mac 2021.

Bagi murid yang tinggal di asrama pula, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing.

Malah, surat kebenaran merentas negeri untuk menjemput anak-anak juga boleh dipohon dari pihak sekolah, ujarnya sewaktu menjawab soalan media.

Dalam pada itu, Radzi mengumumkan penggal persekolahan secara bersemuka pada tahun depan akan dimulakan pada 20 Januari 2021.

"Bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama.

"Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021," ujarnya.

Bagi pelajar Program Matrikulasi KPM dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), mereka akan meneruskan pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya dan melakukan ulang kaji kendiri sehingga 31 Disember 2020.

Sumber: Mstar online

1 comment

Zai said...

Walaupun takut nak balik sekolah tapi kita kena hidup dengan norma baru...

Powered by Blogger.