Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Pembukaan sekolah mungkin hanya babitkan kelas peperiksaan

Malaysiakini
Pembukaan semula sesi persekolahan selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) mungkin hanya akan melibatkan kelas yang terbabit dengan peperiksaan.
Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin, berkata satu garis panduan hasil perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) akan dilaksanakan bagi tujuan itu.
Jelasnya, isu keselamatan dan kesihatan murid-murid menjadi keutamaan kementerian itu ketika ini bagi mengelakka n mereka dijangkiti wabak Covid-19.
"Keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan ini hanya akan dibuat apabila kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.
"Pada peringkat ini, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
"Apabila sekolah dibuka semula, semua aspek keselamatan, kebersihan, dan pengawalan penularan jangkitan termasuklah amalan penjarakan sosial akan diberi keutamaan," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.
KPM menyediakan garis panduan pengurusan sekolah pasca PKP yang mesti dirujuk oleh pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar dan pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat.
Pada 10 April lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pembukaan sekolah mungkin akan ditangguhkan.
Beliau memaklumkan perkara itu ketika mengumumkan pelanjutan PKP yang akan diteruskan sehingga 28 April ini.
"Sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolahan sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.
"Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah," katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung.
Kata perdana menteri, beliau sudah meminta KPM melaksanakan pembelajaran di rumah sehingga sekolah dibuka semula.
Radzi berkata, pengumuman bagi pembukaan sesi persekolahan akan dibuat dua minggu lebih awal bagi membolehkan ibu bapa dan murid membuat persediaan.
Beliau berkata, meskipun PKP dilaksanakan dan sekolah ditutup, namun proses pengajaran dan pembelajaran masih berlaku secara dalam talian.
"Sewaktu PKP pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa guru-guru menyampaikan pembelajaran kepada pelajar dan penggal persekolahan berjalan seperti mana biasa.
"Guru-guru cukup kreatif bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik, usaha-usaha dibuat bagi memastikan penyampaian dapat ditingkatkan," katanya lagi.
Namun, beliau mengakui terdapat sedikit kekangan dan keterbatasan khususnya membabitkan murid-murid di kawasan pedalaman.
Katanya, KPM akan memberi perhatian terhadap perkara itu memandangkan tidak semua murid memilik alat peranti bagi membolehkan mereka mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

No comments

Powered by Blogger.