LAWATAN WARGA MMMK KE SEKOLAH THAYAIWITTAYA
Salah satu daripada program lawatan ke Hat
Yai, Thailand ialah melawat sekolah pendidikan Islam swasta yang berada di
Khuan Lang daerah Hat Yai iaitu Thayaiwittaya Islamic Private School of Songkla.
Sekolah Islam swasta Thayaiwittaya ditubuhkan
pada 1959 di sekitar 2.5 hektar tanah warisan di Antara hasratn Lang kira-kira
15 km dari bandar Hat Yai, Thailand.
Matlamat penubuhannya adalah
untuk memberikan pendidikan Islam kepada pelajar Thai Muslim yang layak sambil mengikuti
sukatan pelajaran pendidikan nasional Thailand untuk memberikan persekitaran
pendidikan yang inklusif.
Sekolah itu menyediakan tiga peringkat
pendidikan dari tadika, sekolah rendah, dan menengah yang mempunya pelajar
sejumlah 730. Terdapat 40 guru yang ditugaskan untuk
mengajar para pelajar dalam mata pelajaran yang mengikuti sukatan pelajaran
Kementerian Pendidikan Thailand.
Kami disambut mesra dengan selawat ke atas
nabi oleh para pelajar dan guru.
Satu majlis ringkas diadakan bagi menyambut
Rombongan disambut oleh Cik Robiah
Lebbrin yang disampaikan dalam bahasa Thai. Beliau merasa gembira atas kedatangan rombongan, selain itu menyampaikan
terima kasih atas kunjungan dari guru-guru MMMK. Majlis juga menjemput Tuan
Pengetua Ustaz Thalal bin Mustaffa untuk memberi sepatah dua kata.
No comments
Post a Comment