KEMERIAHAN KARNIVAL PANITIA DAN KOKURIKULUM 2018
Aktiviti Kokurikulum ibarat serampang dua mata kerana dapat melahirkan generasi yang berjiwa berfikiran kritis serta membuat keputusan yang bijak.
Lantaran itu, Pusat Sumber Sekolah MMMK serta Unit Ko dibawah Ustazah Nazirah telah menganjurkan Karnival Panitia Dan Kokurikulum peringkat MMMK.
Pelbagai acara menjadi tatapan para pengunjung seperti ceramah keselamatan daripada PDRM, jualan buku daripada penerbit BLINK, Projek NILAM, jualan makanan dan peraduan mewarna.
Acara kemuncak bagi program ini ialah pembuatan ubat gigi gergasi yang telah dihasilkan oleh Panitia Sains dan Matematik. Menurut Tuan Pengetua Ustaz Thalal bin Mustafa, beliau amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh guru- guru dan pelajar -pelajar dalam menjayakan program..
Ucapan Syabas dan sekalung penghargaan ..
Tahniah.. MMMK No.1
Sila Klik untuk besarkan gambar
1 comment
Alhamdulillah, doakan moga tahun depan lebih mendapat sambutan drp semua pihak terlibat.
Post a Comment