Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

'SETIAP HARI IBU BERTUNGKUS LUMUS BEKERJA, KINI MASANYA SAYA BALAS JASA IBU'

KUALA KURAU - Berstatus anak yatim seawal usia empat tahun dan dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan tidak menghalang impian seorang pelajar meraih keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.
Lebih membanggakan, pelajar terbabit, Muhamad Amin Aini 18,  merupakan pelajar tunggal dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Hidayah, Parit Abas, di sini yang meraih keputusan cemerlang dalam SPM.
Menurutnya, melihat kesusahan ibunya, Hadzimah Ahmad Rusdi, 57, yang terpaksa  mengambil upah menjahit pakaian bagi menyara keluarga, dia tekad
belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarga.
"Setiap hari ibu bertungkuslumus membesarkan dan memberikan pendidikan kepada saya dan seorang lagi adik berusia 15 tahun, jadi saya tekad untuk membalas jasa ibu untuk belajar bersungguh-sungguh.
"Alhamdulillah, usaha saya selama ini berhasil dan keputusan 9A ini merupakan 'hadiah' istimewa  untuk balas jasa ibu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Mat Ali, kelmarin.
Muhammad Amin berkata, dalam peperiksaan percubaan, dia hanya memperoleh keputusan  5A dan langsung tidak menjangka akan mendapat keputusan
cemerlang dalam SPM sebenar.
"Saya hanya sasar akan dapat enam atau tujuh A sahaja dalam  SPM dan hari ini saya terkejut dan tidak percaya apabila melihat keputusan diterima. 
"Sewaktu percubaan dahulu, saya cuma mendapat 5A dan bermula dari itu saya tingkatkan usaha untuk mendapat keputusan lebih baik," katanya.
Muhammad Amin berkata, pelbagai usaha dilakukan seperti ulangkaji pelajaran sebelah petang, merujuk pembelajaran lemah kepada guru di sekolah dan perbanyakkan rehat supaya dapat menerima pembelajaran atau ilmu dengan lebih mudah.
Namun satu cara yang sering saya amalkan sebelum ini iaitu menghafal ayat-ayat al-Quran hampir setiap hari ternyata memberi impak besar terhadap
pelajaran apabila setiap ilmu yang diajar mudah meresap dan mudah diingati," katanya.
Muhamad Amin berkata, dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru agama atau tahfiz dan merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Institut pengajian tinggi dalam bidang keagamaan.
Sementara itu, Hadzimah ketika ditemui melahirkan  kesyukuran apabila anak sulungnya berjaya mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM.


No comments

Powered by Blogger.