Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

MAJLIS IDUL ILMI 2018

Majlis Idul Ilmi  adalah acara tahunan MMMK. Ia merupakan suatu majlis Pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah (MMMK).
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan wujudnya majlis penganugerahan ini maka akan menjadi satu pemangkin baru kepada pelajar untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada MMMK khususnya  dalam semua bidang. Ia juga mendorong semua pelajar untuk cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga terus melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Pengiktirafan Kecemerlangan ini juga akan menjadi satu pengiktirafan kecemerlangan yang jitu, mantap dan adil kerana dinilai daripada semua aspek kecemerlangan.
Di Antara Objektif Penganugerahan
1.    Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada yang telah mencapai tahap kecemerlangan.
2.    Memberi galakan dan dorongan serta mewujudkan saingan yang sihat di kalangan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing.
3.    Memberikan galakan dan dorongan kepada pelajar untuk menyertai secara aktif aktiviti sukan dan kokurikulum di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.

4.    Menerapkan budaya cintakan ilmu dalam diri pelajar supaya cemerlang dalam bidang masing-masing.


2 comments

Seri Abyadh said...

Jika gambar itu menggbarkan wajah hadapan sekolah lebih cantik..gambar kereta itu dh oldschool rsnya..#peace 😄✌🏻

MAKTAB MAHMUD MERBOK said...

Nostalgia...itu yg mahal...

Powered by Blogger.