Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR

Pada 28 Julai 2015 yang lalu Maktab Mahmud Merbok telah mengadakan program motivasi pecutan akhir kepada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 di Dewan Sarjana 2, UITM Merbok.

Penceramah jemputan pada kali ini ialah Dr. Mohd Shukri Bin Abdullah.  Berikut merupakan serba sedikit berkenaan biodata beliau :

Kelayakan: B.Soc.Sc (USM), Cert. Project Planning ( Bradford , UK ), M.Phil ( Sussex , UK ), Ph.D ( Essex , UK ), Certified Practitioner NLP ( Canada ), NGH Certified Hypnotherapist ( USA )


Pengalaman: Mantan Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia , P.Pinang. Kini Pengarah Urusan, Amalan Belajar Sdn. Bhd.

Penampilan Media: Siri Bijak Belajar TV3, Laman Nurani TV3, Motivasi Pagi TV3, Inspirasi Pagi TV1, Motivasi Murid TV9. Tetamu Motivasi Pagi Radio RTM (Nasional, Kedah, Pulau Pinang)

Pengalaman Berseminar: Mengendalikan seminar pembelajaran dan pengurusan sejak tahun 1990 ke seluruh Malaysia termasuk Negara Brunei Darussalam.

Penulisan dan Penerbitan: Buku terbaru saya ialah Sentuhan Ibubapa (Edisi Pertama bernama: Anakku Bijak Belajar) keluaran Ameen Publication, KL. Saya juga telah banyak menulis buku ringkas strategi belajar dan poster motivasi dengan syarikat Nadi (KL). Selain daripada itu saya juga mengeluarkan CD/Tape “Inspirasi” dan tape “ceramah motivasi” keluaran Telaga Biru (2005). Ia mengandungi lagu-lagu motivasi (dipersembahkan oleh Kumpulan Rast) serta ceramah motivasi. TV3 juga telah mengeluarkan video “Bijak Belajar” berdasarkan ringkasan ceramah ringkas “bijak belajar” di TV3 setiap pagi pada awal tahun 1993 – 1995.





No comments

Powered by Blogger.