Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

PERHIMPUNAN KALI PERTAMA DAN IKRAR PENGAWAS

Perhimpunan Pertama Sesi 2014 dipengerusikan oleh ustazah Soflida. Dimulakn dengan bacaan doa, lagu Kebangsaan , Lagu Negeri Kedah dan Ya Maahadi dengan penuh disiplin dan semangat yang baru dari semua pelajar dan warga pendidik MMMK.

Semua PK memberi ucapan sebelum ucapan Tuan Pengetua, Ustazah Fatmawati. Antara ucapan mereka selain mengalu-ngalukan kedatangan pelajar tingkatan satu dan kedatangan semula pelajar lain ke sekolah ialah berkaitan dengan disiplin, sahsiah pelajar serta sedikit suntikan motivasi bagi menghadapi sesi persekolah tahun 2014 yang bakal ditempuhi.

Pada perhimpunan tersebut juga Tuan Pengetua telah menyampaikan watikah perlantikan kepada semua pengawas putera dan puteri diikuti bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas yang baharu iaitu Ahmad Shaqirin bin Asri.

Ikrar Pengawas tersebut adalahsebagai janji taat setia dan kesediaan untuk memikul amanah sebagai Pengawas Sekolah untuk sesi 2014.

Tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik. Harapan warga MMMK agar semua pengawas dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

Majlis ditamatkan dengan alunan Asma Allah Al-Husna, tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.






No comments

Powered by Blogger.