السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH!!!

Saturday, December 28, 20130 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Ya Allah ya Tuhanku,

sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat,
amalan yang diterima dan rezeki yang bagus (baik).
Ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,
doa yang tidak di dengar (makhbul) dan amalan yang tidak di naikkan (diterima).


Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.

Biarpun masih tinggal 4 hari lagi untuk memulakan sesi persekolahan 2014 (bermula 1 Januari 2014), ucapan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga guru, dan bekas  pelajar  MAKTAB MAHMUD MERBOK dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru Tingkatan satu nanti.

Adalah diharapkan, 2014 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di bumi MMMK tercinta. Seperti kata pepatah "Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang."

Diharap anak - anak didik MMMK sudah mulai menyediakan diri secara fizikal, mental dan emosi bagi menghadapi cabaran hidup sebagai seorang murid.

Bagi murid yang akan menduduki Peperiksaan 2014... mulakan langkah anda sekalian ke sekolah dengan 'langkah kanan' agar momentum dan iltizam anda akan konsisten sepanjang tahun.

Tanamkan tekad dan iltizam untuk berjaya dalam akademik dan semua bidang yang diceburi. Semoga Allah memberikan ilmu yang bermanfaat buat kalian pewaris negara dan penentu peradaban.

Ayuh! Kita kembali ke sekolah untuk sessi 2014 dengan penuh keazaman untuk menuntut ilmu untuk kecemerlangan dunia dan akhirat.
Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger