Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Pendidikan berterusan melalui amalan membaca

Transformasi pendidikan yang sebenar menurut Nawi Ismail, Pelita Bahasa, September 2013, pada masa ini adalah merealisasikan amalan membaca di kalangan pelajar. Beliau menekankan kepentingan membaca.
Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu perlu mengadakan aktiviti membaca dan membuat rujukan sebelum aktiviti penulisan dalam karangan.

Pelbagai program diadakan di sekolah untuk memupuk budaya membaca. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam), Program Majalah dalam Kelas (MDK) dan Akhbar Dalam Darjah (ADD) merupakan antara usaha untuk memupuk budaya membaca di kalangan murid.

Budaya membaca wajar mendarah daging dalam setiap individu selaras dengan matlamat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.Namun, amalan membaca di kalangan murid hanya dilihat ketika di sekolah dan semasa menghadapi peperiksaan. Mereka membaca buku teks dan nota yang disediakan oleh guru.

Mungkin inilah yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas. Murid kurang membaca dan berhenti membaca setelah tamat peperiksaan.

Malah, menurut beliau, ada ibu bapa melarang anak mereka membaca novel kerana menurut mereka tidak ada kaitan dengan peperiksaan.Seharusnya ibu bapa menggalakkan anak mereka membaca apa-apa buku yang diminati walaupun bukan buku teks.

Dengan membaca buku, kosa kata murid akan bertambah dan secara tidak langsung mengaktifkan minda.

Minda yang aktif mencetuskan murid cemerlang dan cinta akan ilmu pada sepanjang hayatnya.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu program transformasi dalam pendidikan yang menyeluruh. Pendidikan sebelum ini lebih condong berorientasikan peperiksaan.

Guru mengajar murid untuk menghafal skema peperiksaan. Kaedah ini telah berjaya melahirkan ramai murid cemerlang dan lulus dalam peperiksaan.

Walau bagaimanapun, kelulusan itu tidak dapat menilai bakat, minat, sahsiah dan aspek lain dalam perkembangan diri murid apatah lagi untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, rohani, emosi dan seterusnya mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Oleh itu, cabaran guru dalam transformasi pendidikan adalah untuk mengembalikan tugas mendidik dan membentuk murid secara holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Hal inilah yang ingin dicapai melalui PPPM. Guru bukan sahaja bermatlamat untuk meletakkan murid mencapai band tertinggi dalam akademik, malah pencapaian murid dalam bidang-bidang lain yang dilaporkan secara menyeluruh dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Guru perlu menjadi idola murid. Mereka bukan sahaja berketerampilan mengajar, malah boleh membimbing, menjadi fasilitator, menjadi rakan, boleh bertindak sebagai kaunselor dan sebagainya yang boleh membantu pembelajaran murid.

Guru perlu mengajar mengikut tahap pencapaian murid dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran fizikal dan mental mereka, tanpa tergesa-gesa menghabiskan sukatan pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.
Situasi murid kurang bermotivasi untuk membaca dan belajar apabila tiada peperiksaan awam dapat diatasi dengan mengadakan lebih banyak pembelajaran berbentuk hands-on untuk memberi lebih banyak pengalaman dan kemahiran.

Bakat, minat dan sikap murid dapat dikesan untuk disalurkan ke bidang yang sesuai agar dapat menghayati amalan belajar sepanjang hayat.

Sesungguhnya, matlamat untuk melahirkan budaya belajar sepanjang hayat dan membaca menjadi amalan perlu diberi keutamaan pada era ini. Hal ini kerana ledakan ilmu sentiasa berubah dan berkembang.
Sekiranya murid tidak membaca dan terus belajar setelah menamatkan pelajaran atau pengajian merupakan satu kerugian dalam pembangunan modal insan negara.

MD ISHAK A. RAHMANSMK Ledang, Johor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131021/pe_02/Pendidikan-berterusan-melalui-amalan-membaca#ixzz2ka3DQQr8
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments

Powered by Blogger.