السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

Ingin Cemerlang Tapi.......

Tuesday, September 17, 20130 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
AbuAqil aka AbuSakeena

Setiap pelajar ingin mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan namun mereka tidak menepati asbab-asbab untuk Allah kurniaan kecemerlangan tersebut. Berikut ciri-ciri sikap negatif belajar yang boleh jadi penghalang kepada mereka untuk mencapai kejayaan.

Mereka ingin cemerlang namun tidak menguasai semua sukatan pelajaran yang ditetapkan

Mereka ingin cemerlang namun malas untuk menghafal apa yang disuruh

Mereka ingin cemerlang namun tidak berusaha untuk menguasai tajuk yang lemah

Mereka ingin cemerlang namun bersungut bila disuruh membuat pembetulan banyak kali untuk mengatasi kelemahan yang ada

Mereka ingin cemerlang namun sentiasa leka dalam membaca arahan dan kehendak soalan

Mereka ingin cemerlang namun tidak aktif untuk bertanya rakan yang pandai

Mereka ingin cemerlang namun bersikap malu untuk merujuk guru apa yang tidak difahami

Mereka ingin cemerlang namun tidak berusaha untuk menjawab soalan dengan keupayaan sendiri malah meniru dana bergantung kepada rakan

Mereka ingin cemerlang namun banyak mensia-siakan masa yang terluang dengan perkara tidak bermanfaat

Mereka ingin cemerlang namun liat untuk sujud dan menadah tangan memohon pertolongan Allah pada satu pertiga akhir malam

Semoga anda tidak bersikap seperti  di atas. Manfaatkan masa berbaki yang ada untuk perbaiki kelemahan dan atasi kekurangan yang ada. "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna". Semoga kalian peroleh cita-cita yang diidamkan.

sumber: http://pbasmkps.blogspot.com/
Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger