Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

KEPUTUSAN SPM:NASIHAT BUAT PELAJAR, IBUBAPA & GURU


"Keputusan SPM akan diumumkan pada 21 MAC 2013 iaitu hari Khamis, in shaa' ALLAH. Tentu para remaja yang terlibat sangat berdebar-debar menantikannya. Bukan sahaja remaja yang terlibat, bahkan ibubapa dan guru-guru sama. Moga-moga nasihat ini bermanfaat, in shaa' ALLAH.

Kejutan akibat keputusan SPM ini bukan calang-calang juga kejutannya. Kerana SPM adalah merupakan tiket besar untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi. Malah, SPM selalu juga dianggap sebagai hitam atau putih masa depan seseorang. Walaupun agak keterlaluan anggapan itu, tetapi tidak dinafikan terdapat juga kebenaran pada tanggapan itu walaupun mungkin sedikit. Hakikatnya, usaha yang berterusan, sifat yang positif dan keizinan ALLAH adalah faktor yang utama dan
valid dalam menentukan baik atau buruk masa depan seseorang.

Individu yang tidak mempunyai persiapan mental yang kukuh, barangkali bakal berhadapan dengan kejutan yang amat dahsyat. Jika ia kejutan yang manis, maka dia boleh tersenyum. Tetapi, jika ia kejutan yang pahit, maka beban perasaan yang terpaksa dihadapi olehnya boleh kadang-kadang membinasakan. Bukan itu sahaja, malah dalam banyak situasi banyak jari, mulut dan mata masyarakat mula menunjuk ke arahnya dan menghukumnya. Sungguh malanglah rasa dirinya…

Justeru, persiapan mental dan rohani mesti kuat untuk menangani kejutan ini!

1. Perbanyakkan Ingat ALLAH

Adalah penting pada saat ini hati dalam keadaan tenang. Untuk mendapat hati yang tenang dan sakinah, maka perlulah diperbanyakkan diri itu mengingati ALLAH. Firman ALLAH Ta`ala yang bermaksud:
“Ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang” (Surah Ar-Ra`d, 13:28)
Apabila hati tenang, insyaALLAH kita akan rasional dan redha dengan semua situasi yang menyinggahi setiap fasa kehidupan kita.

2. Syukur Jika Keputusan Baik, Sabar Jika Tidak.

Dalam menghadapi ujian kehidupan yang penuh dengan ketidaktentuan ini, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
“Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)
Jika keputusan yang baik diterima, maka bersyukurlah kepada ALLAH. Sebaliknya, jika keputusan yang diterima tidak menepati harapan, malah meleset pula, maka bersabarlah. Dengan bersabar, insyaALLAH banyak kebaikan akan datang.

Kepentingan Syukur dan Sabar ini telah saya sentuh secara ringkas di dalam pesanan saya kepada remaja yang bertanya seperti di atas.
Dan saya pernah menulis berkaitan SABAR di dalam satu posting di blog sebelum ini. Baca di sini: http://muzir.wordpress.com

3. Redha Dengan Keputusan Yang Diterima, Jangan Berkalau-kalau Lagi

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
“Jika kamu tertimpa sesuatu, janganlah mengucapkan, “Seandainya/kalaulah saya berbuat begini dan begitu” tetapi katakanlah, “ALLAH telah mentaqdirkannya”, apa yang telah dikehendakiNYA pasti akan terjadi, kerana sesungguhnya kata-kata “seandainya/kalaulah” itu membuka jalan bagi Syaitan.” (HR Muslim)
Di dalam hadith di atas, kita disuruh agar tidak berkalau-kalau apabila telah berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Dalam situasi menghadapi keputusan SPM, janganlah kita berkata,
“kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin…”, “seandainya aku baca topik ini dan itu…” dan seumpamanya. Kerana ini akan menyebabkan kita didatangi perasaan yang sangat kacau, sedih, menyesal, gelisah dan murung. Perasaan ini akan menatijahkan sesuatu yang lebih buruk kepada diri. Dan Syaitan akan mula mengambil kesempatan untuk membisikkan perkara yang bukan-bukan untuk difikirkan dan dilakukan.

Sebaliknya, terimalah hakikat itu dan redholah. Bersifat positiflah. Kuatkan Iman bahawa semua yang terjadi adalah semuanya sudah ditentukan ALLAH dan pasti mempunyai hikmah tertentu yang disembunyikan olehNYA, yang belum dinampakkan olehNYA kepada diri kita. Seterusnya, mulakanlah rancangan untuk memiliki masa hadapan yang lebih cerah, sejak dari sekarang.

4. Terimalah Hakikat, Tentu Ada Hikmah Di Sebaliknya

Di dalam surah al-Baqarah, ALLAH `Azza wa Jalla telah berfirman:
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan ALLAH jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, 2:216)
Belum tentu apa yang kita sangka baik untuk kita, ia baik untuk kita. Dan belum tentu apa yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita. Hanya ALLAH lah yang tahu tentang hakikat semua kejadian yang berlaku kepada kita dan sekeliling kita. Sudah banyak kita dapati melalui berita, ada yang telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi akhirnya terjelepuk jatuh kehinaan apabila belajar di luar negara berlesenkan keputusan tersebut. Dan ramai juga telah kita baca kisah mereka atau kita jumpa sendiri orangnya yang berjaya dalam kehidupan mereka walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam sekolah atau universiti. Justeru, tenangkanlah hati dan perhatikan betul-betul perkataan ALLAH di atas. InsyaALLAH, kita akan mudah redho dan tenang menghadapinya. Pokoknya, berbaik sangkalah dengan ALLAH dan redholah dengan apa-apa yang bakal diterima nanti.

Akhir sekali, walau apapun keputusan yang keluar nanti:
Sabar, syukur dan redholah.

WAllahu Ta`ala A`lam.

muzir.wordpress.com

No comments

Powered by Blogger.