Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

'Al-Quran teman karib rahsia kejayaan saya'


KUALA TERENGGANU 6 Dis. - Penerima Anugerah Khas Menteri Besar Terengganu, Fatimah Nur Nik Mohd. Nor, 17, yakin kejayaannya itu disebabkan dia sentiasa menjadikan al-Quran sebagai 'teman karibnya' hampir setiap masa.

Pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Berang itu berkata, selain 'sahabat', kitab suci itu turut dijadikan pedoman dalam setiap perkara yang dilakukannya. 

Tambah Fatimah Nur, kejayaannya itu juga berkat didikan kedua-dua ibu bapanya iaitu Nizam @ Norizan Said, 41, dan Nik Mohd. Nor Nik Mat, 40."Saya amat terhutang budi dengan mereka berdua yang memberi penekanan supaya saya sentiasa menjadikan al-Quran sebagai pedoman sejak kecil," katanya ketika ditemui selepas Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran Sekolah-Sekolah Imtiaz di sini hari ini.

Selaku pemenang, Fatimah Nur membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, trofi serta sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Selain anugerah tersebut, Fatimah Nur turut menerima Anugerah Khas Ulul Albab bagi SMIYT Kuala Berang bersama tiga lagi penerima iaitu Wan Md. Fathi Wan Md. Jalal Azmi (SMIYT Besut), Abdullah Munzir Abdul Karim (SMIYT Dungun) serta Muhammad Faris Deraman (SMIYT Kuala Terengganu).

Anak sulung daripada empat beradik itu berharap dapat merealisasikan impiannya bergelar pakar dalam bidang obstetrik dan ginekologi.

"Kalau boleh, saya mahu membalas jasa ibu dan ayah walaupun tidak setanding pengorbanan mereka terhadap saya selama ini," ujarnya.

Artikel Penuh: di sini

No comments

Powered by Blogger.