السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

PRESTASI PMR 2011

Thursday, December 22, 20110 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Pelajar Terbai PMR 2011 menerima Keputusan dari Pengetua MMMK

Alhamdulillah.. Keputusan pmr 2011 telah diumumkan. Keputusan PMR 2011 merupakan pencapaian terbaik MMMK. Gred Purata Sekolah meningkat kepada 2.01. Keputusan tersebut juga menyaksikan kesemua 8 dari 9 subjek mencapai peratus kelulusan 100%kecuali Bahasa Arab Komunikasi (94.44%).

Kesemua Gred Purata Mata Pelajaran adalah meningkat begitu juga pencapai Gred A bagi semua Matapelajaran. Walaupun Bahasa Arab tidak mencapai 100% ia tetap membanggakan kerana pencapaian gred A bagi Mata Pelajaran tersebut ialah 51. 85%.

Peratus pelajar yang lulus semua mata pelajaran (A,B,C dan D) ialah 94.44% . Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang bagi MMMK dalam PMR 2011 iaitu MOHD SAIFUL AMRI BIN SHUIB.

Tahniah juga diatas semangat kerjasama dan penyatuan matlamat, usaha serta tenaga yang tidak berbelah bagi antara para guru, pelajar, pentadbir serta tidak ketinggalan para waris diatas kejayaan ini..

Berikut adalah sebahagian dari gambar yang sempat dirakamkan..... Kejayaan dan kegembiraan mereka dikongsi bersama ibubapa dan para guru.....

KEJAYAAN ADALAH KEBAHGIAAN.


Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger