Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Program Amali Haji

Bahagian Dakwah dan Pendidikan islam diketuai oleh ustaz Zukri telah menjayakan Program Amali Haji di sekolah . Program tersebut telah dijayakan oleh fasilitator yang juga merupakan seorang pensyarah UUM.

Dengan berpandukan kepada setiap Rukun Haji, semua pelajar yang sebahagiannya lengkap berpakaian ihram itu menerima pendedahan terbaik untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Biarpun ia merupakan pelengkap kepada sukatan pelajaran di sekolah, program setengah hari yang sedikit sebanyak telah memupuk semangat dan cita-cita para pelajar dari tingkatan empat dan lima berkenaan untuk menunaikan ibadah haji pada usia yang muda.

“Kami bukan setakat mengajar teorinya sahaja namun ia dilengkapkan dengan pengajaran secara praktikal supaya setiap pelajar mengetahui amalan yang perlu dilakukan”.

Dalam masa yang terhad , sebahagian daripada aspek dalam menunaikan ibadah haji benar-benar diwujudkan seperti melontar batu di tiga jamrah dan tawaf di replika Kaabah.

Adalah menjadi matlamat dalam penganjuran program ini untuk menjadikan amali haji sesuatu pengalaman baru yang menyeronokkan dalam suasana pembelajaran di luar bilik darjah serta menerapkan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar.

No comments

Powered by Blogger.