السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

Muhasabah Imtihan 2011

Thursday, July 7, 20110 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Para waris dijemput untuk ke sekolah pada hari ini untuk tandatangan buku rekod dan slip peperiksaan pertengahan tahun 2011.Apa yang penting ialah kehadiran para waris untuk berbincang secara terbuka dengan guru kelas dan mendapat laporan prestasi anak-anak dalam Peperiksaan Pertengahan tahun yang lalu.

Ini perlu bagi waris mendapat gambaran sebenar tentang prestasi dari guru kelas sendiri dan bukan sekadar keputusan yang tertera didalam slip serta buku rekod semata-mata.Para pelajar dan waris yang ada bersama ketika berhadapan dengan guru kelas sedikit sebanyak akan dapat bermuhasabah diri demi untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan yang akan datang.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan keadaan baik dan sambutan dari para ibu bapa amat menggalakkan. Sambutan yang menggalakan dari mereka menandakan keperihatinan mereka terhadap anak anak dan tanggungan mereka.

tahniah kepada semua guru kelas yang melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan melayani para waris dengan sabar dan berjaya denagn suasana yang harmoni....

Tahniah kepada semua yang terlibat....Syukran!
Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger