السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

MMMK NEGATIF...!

Wednesday, June 22, 20110 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
MMMK telah didatangi Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda Yan pada pagi tadi. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk memberi penerangan berkenaan dadah dan kesan penyalahgunaannya.

Ceramah berkenaan dadah dan kesan penyalahgunaannya telah disampaikan oleh En. Masiri b. Abdul Rahman, Ketua Unit Penguatkuasa (gambar) . Selain ceramah, AADK juga telah mengadakan pameran berkenaan dadah.

Seramai 50 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk menjalani ujian air kencing. Kesemua mereka telah didapati negatif dalam pengambilan syabu, ganja dan heroin.

Alhamdulillah, tiada pelajar MMMK yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Terima kasih di atas kesudian AADK untuk memberikan info-info yang sangat bermanfaat.
Klik untuk lihat gambar seterusnya


Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger