Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

SOLAT HAJAT SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

Klik di sini untuk gambar seterusnya...

Warga MMMK telah mengadakan Solat Hajat Perdana pada pagi 2/2/11 di daratan perhimpunan MMMK. Tujuan utama diadakan solat hajat tersebut ialah bagi memohon kepada Allah SWT agar memberi perlindungan kepada (mahasiswa) khususnya bekas anak-anak pelajar MMMK , umumnya kepada kawan-kawan, anak-anak, saudara mara serta guru-guru seterusnya semua rakyat Malaysia di Mesir yang kini sedang berhadapan dengan kemelut rusuhan politik yang tidak menentu dan semakin meruncing.

Pihak MMMK juga difahamkan bahawa bonda Ustazah Bashiroh (mantan Pengetua Maktab Mahmud Alor Star ) juga sedang berada di sana.

Sama-samalah kita doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka di sana. Moga mereka semua tabah dalam menghadapi dugaan yang menimpa, seterusnya selamat kembali ke tanah air tercinta.

Selain dari itu tujuan utama diadakan solat hajat ini juga ialah untuk melatih anak-anak MMMK agar menjadikan solat hajat sebagai sebahagian daripada amalan dalam usaha memohon sesuatu hajat dan sentisa berserah kepada Allah dalam apa jua urusan tanpa berputus asa.

Sabda Rasulullah SAW: "Masa yang paling dekat antara hamba dengan tuhannya ialah ketika sujud. Oleh itu Perbanyakan berdoa"

Sedikit pengetahuan tentang solat hajat

TUJUAN SOLAT SUNAT HAJAT
1. Mengakui kelemahan diri serta memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT
2. Melatih diri sentiasa berharap kepada pertolongan Allah swt sama ada ketika senang atau susah
3. Memohon hajat untuk diri sendiri dan orang lain
4. Mendekatkan diri kepada Allah SWT
5. Mengimbangi jiwa supaya reda menempuh sebarang ketentuan Allah SWT

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT
1. Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
2. Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
3. Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
4. Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
5. Tidak putus asa dengan takdir Allah
6. Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insya-Allah)

No comments

Powered by Blogger.