Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

BELAJAR MELALUI KEGIATAN KOKURIKULUM

AHAD-9 Januari- Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas telah disempurnakan oleh Puan Pengetua diikuti oleh pembacaan Ikrar Pengawas oleh semua pengawas baru 2010. Selepas majlis tersebut semua pelajar MMMK telah membaca ikrar pelajar yang diketuai oleh Ketua Pengawas 2011.

ISNIN-10 Januari-Mesyuarat Rumah Sukan . Semua rumah sukan bagi tahun 2011 telah bermesyuarat bagi perlantikan AJK masing-masing.

SELASA-11 Januari- Mensyuarat Badan dan Persatuan telah dijalankan. Semua pelajar diwajibkan menyertai salah satu badan atau persatuan.

RABU-12 Januari - Mesyuarat Unit Beruniform.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar pada minggu kedua persekolahan.

KEGIATAN kokurikulum di sekolah seperti unit beruniform, sukan dan olahraga, permainan serta kelab dan persatuan mampu memperkembangkan potensi seseorang murid.

Melalui pengalaman yang didedahkan dalam kegiatan kokurikulum murid akan diberi ilmu, kemahiran, bimbingan serta latihan yang merupakan satu nilai tambah untuk mencapai kecemerlangan diri.

Malah pada masa ini kecemerlangan seseorang murid bukan sahaja diukur dari segi pencapaian akademik sahaja tetapi juga pencapaian kokurikulum.

Hal ini bermakna pencapaian dalam kokurikulum membantu meningkatkan prestasi serta memberi peluang yang lebih luas untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau untuk mendapat pekerjaan.

Antara ilmu dan kemahiran yang dapat dipelajari melalui aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut:Kepimpinan: Seseorang insan yang dilahirkan adalah pemimpin. Oleh itu bimbingan perlu diberikan agar ciri-ciri kepimpinan ini dapat dihayati dan di gunakan dalam kehidupan nanti.

Melalui aktiviti kokurikulum murid akan didedahkan dengan pelbagai situasi dan ciri-ciri kepimpinan ini dapat dipupuk dan digunakan sejak permulaan lagi.

Sebagai contoh pelantikan sebagai pengawas sekolah, pengerusi persatuan atau pengacara majlis memberi ruang dan kepekaan tentang tanggungjawab yang perlu dipikul dalam mengetuai sesuatu tugas.

Perancangan: Aspek perancangan adalah amat penting untuk mencapai kejayaan.
Dalam aktiviti kokurikulum, aspek ini diberi penekanan seperti merancang masa dan jadual pelaksanaan sesuatu projek, merancang program atau merancang sumber kewangan.
Keadaan ini memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya aspek perancangan untuk menjayakan sesuatu projek.

Kerjasama: Kerjasama adalah asas kepada kejayaan dalam kehidupan. Aspek ini diberi penekanan dan pendedahan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

Penubuhan jawatankuasa bagi sesebuah persatuan atau kelab, mengendalikan majlis atau membuat kerja amal memerlukan semangat kerjasama yang erat. Hal ini merupakan asas ke arah pembentukan semangat berpasukan yang menjadi teras kejayaan sesebuah organisasi.

Kreativiti: Melalui pertandingan, pameran, seminar, mesyuarat atau pertunjukan, memberi ruang kepada murid-murid mencetus idea ke arah yang lebih kritis dan kreatif serta menggalakkan inovasi.

http://www.tutor.com.my/tutor/

No comments

Powered by Blogger.