Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

Hijrah diri untuk Berjaya

TAHUN baru Islam 1432 H baharu sahaja kita tempuhi.

Rasanya baru semalam kita menempuhi PMR, kini keputusan telah di keluarkan. Ada yang cemerlang, baik dan sederhana didalam penilaian tersebut. Tanpa kita sedari, masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita dengan pelbagai kejayaan dan kekecewaan.

Tahniah kepada anakanda Nurul Husna Johar kerana muncul sebagai pelajar terbaik MMMK pada tahun ini (9A). Tahniah juga kepada semua calon-calon PMR 2010 terhadap keputusan masing-masing. Sekalong tahniah kepada semua warga pendidik MMMK yang diketuai oleh Ustaz Thalal Mustaffa (kini berhijrah ke MMPG).

Tahniah kerana segala penat jerih dan ketekunan anda semua akhirnya membuahkan kejayaan. Alhamdulillah. 7 subjek 100%. MMMK sedang menghampiri Visi dan Misi.

Kepada anak-anak MMMK yang tidak mencapai target yang diidamkan, apapun keputusan yang kita dapat, jangan lekas berputus asa kerana setiap perkara yang berlaku perlu dihadapi dengan penuh kesabaran. Mungkin kali ini PMR masih belum menjadi milik kita walaupun kita telah berusaha dengan tekun dan bertawakkal. Kejayaan masih ditangguhkan olehNya.

Terus kekalkan matlamat serta iltizam untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri terutama di dalam pelajaran menjelang musim persekolahan baru yang bakal menjelma.

Sambutan tahun baru ini perlu menjadi titik tolak untuk kita merangka perancangan masa hadapan yang sememangnya tidak tahu apa kesudahannya.

Pokok pangkalnya, jika kita berusaha untuk ke arah kebaikan maka kesudahannya pasti menjurus kepada kejayaan begitulah sebaliknya jika kita tiada perancangan rapi dan terus membiarkan diri terus leka dan alpa pasti kita menemui kegagalan. 

Saidina Umar mengungkapkan kata yang bermaksud: “Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan hari esoknya lebih buruk daripada hari ini”.

Awal Muharam adalah bulan pertama yang menjadi titik tolak bagi melakukan penghijrahan hati, minda dan mengubah tabiat buruk kepada acuan hidup yang diredai.
Moga hari ini lebih baik dari semalam…

Cg Fauzi.

No comments

Powered by Blogger.