السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

KURSUS SEMBELIH

Sunday, November 14, 20100 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Sebelum berakhirnya sesi pengajian 2010, MMMK berkesempatan mengadakan Kursus Sembelih dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah pada hari Khamis lepas.

Majlis ini dimulakan dengan sesi penerangan oleh Jabatan Kesihatan dan diikuti dengan Kaedah Penyembelihan Islam oleh Syeikh Abd Ghani (Ketua Pendakwa Mahkamah Syar'ie).

Setelah selesai sesi ceramah dan penerangan, maka berlakulah pertumpahan darah yang melibatkan 140 ekor binatang.

Antara binatang yang telah disembelih ialah 2 ekor kambing, 100 ekor ayam, 20 ekor itik, 15 ekor arnab dan 3 ekor ayam belanda.

Kesemua pelajar yang terlibat telah diberikan sijil pengiktirafan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.
Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger