السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ/Selamat Datang ke Blog Rasmi MMMK

PEPERIKSAAN BERTULIS DAN TEMUDUGA PENUNTUT BARU SESI 2011

Saturday, October 16, 20100 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Peperiksaan bertulis dan Temuduga pelajar baru bagi sesi pengajian 2011 untuk Maktab Mahmud telah di adakan serentak di semua cawangan Maktab Mahmud Negeri Kedah pada 16 Oktober 2010. Di MMMK, hampir 275 orang calontelah menduduki peperiksaan dan temuduga tersebut. Rata-rata waris yang hadir meletakkan harapan yang tinggi agar anak-anak mereka dapat melepasi peperiksaan tersebut serta mendapat tempat untuk belajar di mana-mana cawangan Maktab Mahmud Negeri Kedah.

Kebanyakan yang hadir adalah dalam kalangan anak-anak waris yang sebahagian daripada anak mereka sedang belajar di MMMK atau cawangan lain. Ada juga sebahagian dari mereka baru mengenali Maktab Mahmud dan masih belum memahami sepenuhnya tentang sistem Pendidikan yang dijalan kan di Maktab Mahmud.

Pihak MMMK mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak termasuk guru, pelajar dan kakitangan MMMK yang telah bertungkus lumus bagi memastikan peperiksaan dan temuduga tersebut berjalan lancar....
Share this article :
 
Penafian: Maktab Mahmud Merbok tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini !
Support : MMMK |Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MAKTAB MAHMUD MERBOK - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.com and MMMK
Proudly powered by Blogger