Header Ads

Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
It's completely free (even though a donation is appreciated)
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
Camera slideshow provides many options to customize your project as more as possible
It supports captions, HTML elements and videos.

REMAJA DAN JIWA FITRAH

Bulan Ramadan yang dilalui oleh para remaja harus membawa keinsafan yang mendalam bahawa kejayaan melaluinya diukur dengan jiwa yang muttaqin.

Jiwa muttaqin adalah indeks mengukur produktiviti rohaniah dan kaitannya dengan perubahan sikap dan watak para remaja.

Kalau dulu para remaja suka berpoya-poya dan menghabiskan masa dengan pergaulan bebas dan melampaui syariat agama tetapi selepas Ramadan dirinya berada dalam keadaan fitrah semula.

Lahirnya kita dulu adalah dalam keadaan fitrah ibarat petunjuk Rasulullah SAW kita ini seumpama kain yang putih bersih.

Corak pendidikan gaya pengalaman dan limpahan pengaruh rakan sebaya menyebabkan kain yang putih bersih tercorak dengan warna yang berbagai rupa.

Jiwa muttaqin dalam konteks berpuasa mendidik hati-hati remaja menginsafi bahawa perlu ada daya kawalan terhadap nafsu dan tingkah laku supaya kehidupan remaja terarah dan terpedoman.

Jiwa muttaqin juga memberi keinsafan supaya remaja memiliki kesedaran ketuhanan yang tinggi. Ia sangat penting dimiliki oleh setiap remaja kerana sandaran manusia terhadap pencipta menjadi sesuatu yang paling utama dalam hidupnya.

Kesedaran ketuhanan memberikan maksud apa yang kita perkatakan, apa yang kita amalkan dan apa yang kita lakukan semuanya merujuk kepada pengetahuan Allah.

Apabila pada hidup remaja ada sesuatu kuasa yang Maha Mengetahui, ia menyebabkan pola-pola gelagat dan tingkah laku remaja terkawal.

Bagaimana kita mengawal diri daripada kelaparan dan dahaga, mengawal mata dari melihat yang sia-sia mengawal mulut daripada percakapan yang lagha (sia-sia), mengawal telinga daripada mendengar hal-hal yang tidak baik, ia mampu membimbing remaja dalam tarbiyah ruhiyah yang menjadikan remaja memiliki makna diri dan makna hidup.

Sekiranya hal ini berlaku pada remaja, mereka tidak melihat Ramadan sebagai bulan yang datang dan pergi yang sifatnya bermusim. Sebaliknya menjadikan sebulan Ramadan sebagai sekolah rohaniah yang mampu mengisi kekosongan jiwa fikir dan hati. Akhirnya menyebabkan remaja mengalami proses keinsafan dan perubahan.

Sekiranya ini berlaku, ia meletakkan kembali remaja dalam keadaan fitrah semula.

Maksud fitrah dalam Islam ialah kembali kepada maksud asasi dijadikan manusia. Al-Quran memberikan dua asas penting dijadikan manusia untuk mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.

Membawa maksud apa sahaja yang dilakukan dalam hidup ini ada kaitannya dengan ibadah. Asas kedua Allah menghantar para remaja ke dunia untuk menjadi khalifahnya iaitu berperanan memakmurkan pedoman daripada Allah untuk mengurus sumber rahmat dan nikmat darinya untuk kesejahteraan manusia.

Ia menuntut para remaja menguasai ilmu dan kemahiran supaya rahmat dan nikmat yang dilimpahkan itu dapat diurus dengan baik, amanah adil dan sejahtera.

Ia mendidik sifat akur, taat, patuh dan tunduk kepada titah perintah Allah. Titah perintah ini hikmahnya adalah kebaikan manusia. Apabila para remaja melakukannya dalam hidup hikmahnya bakal kembali kepada remaja juga.

Remaja yang beriman bertaqwa dan berakhlak mulia akan menjadikan nilai-nilai rohaniah seperti amanah, adil, jujur bertimbangrasa dan bijaksana sebagai pedoman terbaik dalam hidupnya.

Tidak sahaja ia memberi kebaikan pada dirinya tetapi juga memberi kebaikan pada orang lain. Nilai-nilai murni inilah yang selalunya tidak ada dalam amalan dan perbuatan sebahagian remaja kita.

No comments

Powered by Blogger.